~sahabat yang diredhai ALLAH~

Friday, December 10, 2010

::Ya ALLAH..indahnya DhuhaMU::



Dari Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
‘Barangsiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih dilautan.’(Hr Abu Daud, bab solat Dhuha, hn 1287)


Dari Hasan bin Ali ra berkata, ‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda; ‘Barangsiapa telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya.’(Hr Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)


Dari Anas bin Malik ra berkata, Rasulullah saw bersabda;
‘Barangsiapa selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperolehi pahala seperti haji & umrah.’Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda;
‘(Haji & umrah) Yang sempurna, Yang sempurna, Yang sempurna.’
(Hr Tirmizi, katanya hadis ini hasan gharib, hn 586)


Dari Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda;
‘Sesungghhnya Allah ‘azzawajalla berfirman, “Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu.” ’(Hr riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)


Dari Abu Hurairah ra berkata, ‘Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata; ‘Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain dari jemaah ini.’ Rasulullah saw bersabda;
‘Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperolehi ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperolehi ghanimah dalam waktu yang lebih singkat.’(Hr riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)


WALLAHUALAM~

Monday, December 6, 2010

::i feel like she feels::

MASYAALLAH...
ALHAMDULILLAH...
yang tu la yang dapat aku cakap bile Alin tunjuk gambar ni...
ni baby kakak die..
dah 7 tahun kawen tpi still x de baby..
tapi ALLAH tu Maha Penyayang kan...
berkat kesabaran dorg akhirnye membuah kan hasil
semoge "cuk cik"(dah ade name panggilan) dalam perut ni jadi anak yang baik..
besar nanti leh jadi ulama Islam..
sebarkan Islam dan perjuangkan Islam demi kedamaian dunia..

haiii..bile tgok je gmbo ni...
ase nak nangis je...aku ni kan perempuan..so..InsyaAllah..dengan izin ALLAH..
aku pown akan merasai bende yang same..
FITRAH!!
yup2...memang la awal lagi nak pikir..tapi mungkin kali ni je ade kesempatan nak cakap sal ni...
MESTILA!!!
aku pown nak jadi ibu..
even rase macam x boleh..tapi mesti!!! aku nak ramaikan umat Islam!! aku nak ulama2 aku jadi pejuang Islam!!! tooootttttttttttttt~
FULLSTOP!!!

x nak merepek banyak2 sebab this is future...x berani nak amek risiko...

"YA ALLAH...semoga aku dikurniakan akhlak yang mulia dan disenangi orang tuaku..semoga aku jadi contoh buat adik2 ku..semoga hati aku dijaga seerat yang mungkin atas jalanMU..aminn"

Wednesday, December 1, 2010

::indahnye airmata::

cukuplah sekadar ALHAMDULILLAH...
result yang amat.................aku...

dari dewan kuliah till masjid aku menangis..
xtaw la nak cakap ape..
sedih..happy..
yang penting..
sampai2 je masjid..
sujud syukur yang utama...
terima kasih ALLAH....

Monday, November 29, 2010

:: PARI2 TERSENYUM LAGI::


alhamdulillah...
dapat gak aku tulis blog n update...
dah lame benoo rasenye teman x menulih niyh..
ate! banyok beno koje nye...
huh!!! ari ni 29hb kan3?
jeng3...
esok result PSPM 1 matrik kluar..
fuhh..
aku x ase ape2 pown..
xtaw la nape..
maybe aku dah serahkan sepenuhnye pada takdir ALLAH...
oh ALLAH...
aku berharap pada rezekiMU....
insyaAllah..
doakan aku bahagia bersama takdir ALLAH buatku..

Monday, November 8, 2010

::bile nak balik KMK je...::

uwaaaa...aku tak mau balik KMK...
nak cuti lagi...
makkk...

tengok2...
arini nak balik..tpi aku still tak beli tiket lagi..
bijak kan??
hehehe...
biase la CHIE..
sape tak kenal...nanti kalo tiket habih...
haaa...kompem2 aku menjerit kat terminal tu...

fuhhh..
actually aku takut nak balik..
ye la..
tengah sibuk2 banjir kat kedah nun..
oh Allah..
moge mangse2 banjir kat sane selamat la hendaknye...

p/s: ni maybe last post for this month...ade tanggungjawab yg lebih besoo di KMK.. pelajar & pemimpin!  
      insyaAllah...panjang umo kite dijodohkan lagi untuk berkongsi2 ilmu dan pengalaman...im gonna miss
      my blog..my fb..my tenet...

assalamualaikummmm...

::7 golongan yang masuk syurga tanpa dihisab::

  1. lelaki yang hatinye terikat dengan masjid
  2. pemimpin yang adil
  3. mereka yang berkasih sayang dan saling menziarahi kerane Allah
  4. lelaki yang apabile diajak oleh orang perempuan untuk berbuat zina, make die berkate " aku takut Allah"
  5. mereke yang menangis kerane Allah ketike bersendirian di pertengahan malam
  6. orang yang mendermakan hartanye ke jalan Allah
  7. orang yang mempunyai ilmu yang mengamalkan ilmunye

Thursday, November 4, 2010

::NIKAH?? renungkan..copyright iLuvislam.com::

Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.

 
Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

 
Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.

Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.
Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.

Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.

Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.

Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.

Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.

 
Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.

 
Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.

 
Nota ringkas: Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.